Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
* Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan sejenisnya
* Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan sejenisnya
* Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
* Elakkan Buah-buahan (Buah-buahan sesuai untuk mereka yang maintain weight sahaja)
* Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas dan kurangkan pengambilan kopi!
* Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
* Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
* Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
* Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
YANG BOLEH DIMAKAN
* Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
* Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung.
Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
* Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar,
disalai... asalkan halal.
* Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
* Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus,
macam sawi, bayam, salad, timun.
* Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
* Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
* Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan